Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

IPNas 2025: Sarawak Catat Skor Tertinggi Bagi Pecahan Wilayah

07/03/2026 08:33 PM

SIBU, 7 Mac (Bernama) -- Sarawak mencatatkan skor tertinggi Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2025 bagi pecahan wilayah, iaitu 0.791 sekali gus mencerminkan tahap perpaduan masyarakat yang kukuh di negeri itu.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata laporan IPNas baru-baru ini merupakan kajian kali ketiga dilaksanakan bagi mengukur tahap perpaduan rakyat di negara ini.

“Kalau kita lihat dari segi wilayah, Sarawak mencatatkan indeks perpaduan yang tertinggi. Namun jika dibandingkan mengikut negeri, Pahang mencatatkan skor lebih tinggi, iaitu 0.817 diikuti Melaka (0.816),” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Aaron berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang di sini hari ini.

Mengenai program itu, Aaron berkata ia melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta penglibatan aktif komuniti setempat termasuk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bahagian Sibu.

Beliau berkata lebih 5,000 bekas bubur lambuk diagihkan kepada pengunjung yang hadir pada edisi keempat program pada peringkat negeri itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan