Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Anwar Sampaikan Simpati Dan Sokongan Malaysia Kepada Kuwait Dan Oman

09/03/2026 11:31 PM

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia menyampaikan simpati serta sokongan kepada Kuwait dan Oman yang kini berdepan cabaran berkaitan kedaulatan dan keselamatan negara susulan perkembangan semasa di Asia Barat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu disampaikan beliau dalam perbincangan bersama rakan sejawatnya dari Kuwait Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah serta Menteri Luar Oman Sayyid Badr Albusaidi.

“Selain itu, saya turut menyampaikan penghargaan terhadap komitmen kedua-dua kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang menetap di negara masing-masing,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Anwar berkata Malaysia turut memuji usaha Oman dalam memudah cara proses mediasi antara Amerika Syarikat dan Iran.

Beliau berkata semua pihak bersetuju bahawa situasi berkenaan perlu ditangani melalui pendekatan damai, selain menekankan kepentingan semua pihak menahan diri bagi mengelakkan ketegangan yang boleh menjejaskan kestabilan rantau itu.

Keadaan di Asia Barat semakin tegang sejak Sabtu lepas (28 Feb) apabila Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas Iran, yang kemudian dibalas Tehran menerusi serangan terhadap kepentingan Amerika Syarikat di negara Teluk.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan