Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Lembaga Disiplin JPA Teliti Laporan Siasatan Pemilikan Saham Azam Baki - KSN

10/03/2026 03:24 PM

PUTRAJAYA, 10 Mac (Bernama) -- Laporan Jawatankuasa Khas Siasatan berkaitan isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki akan diteliti Lembaga Disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima laporan itu daripada pengerusi jawatankuasa berkenaan yang juga Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.

"Saya sudah panjangkan laporan itu ke JPA dan kita akan adakan mesyuarat Lembaga Disiplin dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas masjlis penyerahan bubur lambuk dan penyerahan Light Operational Vehicle Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sini hari ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Mengulas lanjut, Shamsul Azri berkata perkara tersebut juga dijangka dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri esok.

"Kita tunggu esok, kita tunggu keputusan kerajaan," katanya.

Kerajaan sebelum ini menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat segala dakwaan dan perkara berbangkit yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Ia susulan Bloomberg dalam laporannya mendakwa Azam memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

Bagaimanapun, Azam pada sidang media baru-baru ini, menegaskan pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan