KUCHING, 10 Mac (Bernama) -- Beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan setakat 3 petang ini, dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di kawasan Kuching.
“PPS Dewan R-Piang menempatkan 38 mangsa daripada tujuh keluarga membabitkan penduduk dari kawasan Kampung Sinar Budi Baru.
“Selain itu, maklumat terperinci mengenai sebuah lagi PPS yang dibuka di Dewan Stapok sedang dikemas kini,” menurut kenyataan itu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak turut melakukan rondaan serta pemantauan di kawasan berisiko banjir seperti di Kampung Sinar Budi Baru, Taman Desa Wira serta Kampung Tabuan Dayak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial