Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Konflik Asia Barat: Jakim Anjur Solat Hajat Khas Jumaat Ini

11/03/2026 03:52 PM

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan solat hajat khas untuk Keamanan Sejagat selepas solat Jumaat di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dalam kenyataan hari ini berkata solat hajat itu bagi menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan agar umat Islam menunaikan solat hajat bagi memohon keamanan dan kesejahteraan.

Beliau berkata solat hajat diadakan susulan situasi konflik yang semakin meruncing di rantau Asia Barat yang menuntut keprihatinan serta solidariti umat Islam seluruh dunia untuk terus mendoakan keamanan dan kesejahteraan sejagat.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

 Ia khusus ketika umat Islam kini memasuki fasa sepuluh malam terakhir Ramadan.

“Semoga doa dan munajat dipanjatkan umat Islam dalam bulan penuh keberkatan diterima Allah SWT serta menjadi asbab kepada terpeliharanya keamanan, keselamatan dan kesejahteraan sejagat,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan