Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

MTA, PruBSN Taja Juadah Berbuka Warga UiTM

11/03/2026 09:18 PM

SHAH ALAM, 11 Mac (Bernama) -- Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dengan kerjasama Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) menjamu lebih 200 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam juadah berbuka puasa menerusi program Sinar Lestari: Iftar Bersama Mahasiswa UiTM Shah Alam di sini hari ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif MTA Mohd Radzuan Mohamed berkata program yang turut melibatkan sesi perkongsian takaful bersama pelajar itu juga bertujuan memupuk pemahaman tentang kepentingan mempunyai perlindungan.

Beliau berkata pendedahan awal kepada konsep takaful dapat membantu golongan muda merancang perlindungan kewangan dengan lebih baik pada masa hadapan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Program hari ini turut melibatkan penyertaan sukarelawan terdiri daripada ejen-ejen takaful apabila mereka ini bersama-sama bergotong-royong bagi menyediakan 1,000 pek makanan untuk diedar kepada orang awam dan pelajar.

“Dalam pada itu, kami juga mengadakan pemberian sumbangan raya kepada 200 pelajar dengan jumlah keseluruhan RM17,000,” katanya ketika ditemui selepas program di Pusat Islam UiTM Shah Alam di sini hari ini. 

Sementara itu, Exco PruBSN Rahman Mansor berkata program berkenaan juga bertujuan membina komuniti di samping menyumbang kembali kepada masyarakat. 

“Bagi PruBSN, kami bukan buat hanya semata-mata di UiTM tetapi kami turut menjelajah seluruh negara, dan UiTM antara lokasi yang dipilih di bawah program PruBSN Prihatin. Jadi kami memberikan semula kepada komuniti menerusi sumbangan juadah berbuka puasa,” katanya.  

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan