PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Skim Pengembara yang bertujuan melindungi rakyat Malaysia berulang-alik kerana bekerja di negara jiran, dijangka dibentangkan ke Mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata inisiatif di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) itu kini memasuki fasa akhir kajian sebelum dijangka dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.
“Skim ini melibatkan kira-kira 400,000 individu yang bekerja di Singapura, mereka tidak ada skim perlindungan. Jadi kalau apa-apa terjadi semasa berulang-alik kerja, siapa yang akan menjaga mereka dan keluarga?
“Mereka rakyat Malaysia dan seperti dikatakan dan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada siapa yang akan tertinggal,” katanya.
Ramanan berkata demikian kepada media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Mac 2026 dan Majlis Berbuka Puasa Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Sementara itu, Mohammed Azman berkata PERKESO akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dengan pengembara pada 6 April di Kedutaan Malaysia di Singapura.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial