Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Alamanda Shopping Centre Rai Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik Dengan Sumbangan Raya

12/03/2026 11:11 AM

PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Pusat beli-belah Alamanda Shopping Centre meraikan kanak-kanak daripada Pertubuhan Kebajikan Amal Rukaiyah dengan aktiviti membeli-belah persiapan raya dan mengeratkan hubungan komuniti menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Alamanda Shopping Centre dalam kenyataan memaklumkan program CSR itu dianjurkan bagi memastikan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang menjadi pengalaman menggembirakan buat kanak-kanak kurang bernasib baik itu.

Menurut kenyataan itu, sempena program CSR itu, kanak-kanak berkenaan membeli baju raya di Gene Martino dengan memilih sendiri baju kegemaran masing-masing manakala Bata pula menaja sepasang kasut baharu untuk mereka.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Selain membeli-belah, kanak-kanak itu turut mencuba aktiviti kraf tradisional Malaysia melalui bengkel anyaman ketupat dan wau bulan mini. Pengalaman amali ini memberi peluang kepada mereka untuk mengenali warisan budaya sambil menghayati semangat perayaan musim ini,” menurut Alamanda Shopping Centre.

 Pusat beli-belah itu juga menyampaikan sumbangan duit raya kepada setiap kanak-kanak berkenaan manakala Browniemunch pula menghadiahkan biskut dan brownies yang lazat, berserta duit raya tambahan untuk menceriakan lagi cuti perayaan mereka.

“Hari raya menjadi paling bermakna apabila kami berkongsi kegembiraan bersama orang lain. Melihat wajah kegembiraan kanak-kanak ini semasa memilih baju raya dan kasut, mereka mengingatkan kami tentang erti sebenar musim ini.

“Di Alamanda, kami bukan sekadar tempat untuk membeli-belah, kami ingin menjadi tempat yang mencipta kenangan dan komuniti merasa dihargai,” kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd Francis Tan dalam kenyataan itu.

Program CSR berkenaan diakhiri dengan sesi berbuka puasa di Chakri Village apabila kanak-kanak itu menjamu selera bersama rakan media dan pihak pengurusan pusat beli-belah itu.

Sementara itu, untuk kempen Hari Raya Alamanda 2026 yang menghidupkan suasana menjelang hari raya tahun ini, ruang Centre Court telah diubah suai menjadi Bougainvillea Garden yang dihiasi dengan bunga-bungaan mekar dan sentuhan tradisional bagi keluarga berkumpul, berkongsi detik istimewa dan merakam kenangan raya bersama.

Pelanggan juga boleh menyertai kemeriahan suasana musim perayaan itu dengan berbelanja RM700 dalam dua resit untuk menerima ganjaran sebuah kelalang bunga eksklusif dan satu set paket raya manakala pelanggan yang berbelanja RM1,500 dan ke atas akan menerima e-baucar membeli-belah Alamanda Shopping Centre bernilai RM50, selain kelalang bunga eksklusif dan satu set paket raya.

“Alamanda Shopping Centre juga terus menyokong perjuangan sosial dalam meningkatkan kesedaran kesihatan mental melalui penjualan ‘Green Ribbon Pin’ yang tersedia sepanjang tempoh kempen,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan