Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

JAWI Diarah Siasat Penggunaan Terjemahan Ayat Al-Quran Promosi Budaya Songsang

12/03/2026 03:58 PM

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diarahkan untuk menjalankan siasatan berhubung satu sepanduk dengan terjemahan ayat al-Quran yang digunakan bagi mempromosikan budaya songsang dalam satu perarakan di ibu negara baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata JAWI diarah mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang susulan tular sepanduk dengan terjemahan ayat suci Al-Quran yang digunakan secara salah. 

“Saya menegaskan sekeras-kerasnya bahawa perbuatan ini bukan sahaja mengguris maruah umat Islam apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ini, malah mencemar kemuliaan al-Quran kerana ditafsir jauh dari konteks serta makna sebenar ayat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau menyeru semua pihak agar menghayati Al-Quran dengan tradisi keilmuan yang panjang dan tidak sewenang-wenangnya menterjemah mengikut nafsu sehingga menyesatkan dari maksud sebenar apatah lagi untuk menjadikan dalil budaya yang bertentangan dengan nilai Islam.

Sebelum ini, tular satu sepanduk di media sosial yang memaparkan terjemahan ayat al-Quran yang diselewengkan untuk menyokong agenda budaya songsang dalam satu perarakan di ibu negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan