Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Johor Lulus Peruntukan RM1 Juta Baik Pulih Kuarters Polis Muar

12/03/2026 04:38 PM

JOHOR BAHRU, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan Negeri Johor meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi kerja-kerja baik pulih kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Muar untuk memastikan kemudahan kediaman yang lebih selesa dapat disediakan kepada anggota polis.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata semasa lawatan ke daerah Muar, beliau sempat turun padang melihat sendiri keadaan kuarters berkenaan yang telah lama uzur dan memerlukan perhatian segera.

Beliau berkata semasa lawatan pihaknya mendapati beberapa unit telah rosak dan tidak dapat digunakan dengan baik, manakala kemudahan asas juga berada dalam keadaan yang kurang memuaskan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kita semua sedia maklum bahawa pasukan PDRM memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, serta mereka bertugas siang dan malam demi memastikan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

“Atas sebab itu, kerajaan negeri mengambil pendekatan ‘whole-of-nation approach’ bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan kebajikan anggota keselamatan sentiasa diberi perhatian,” katanya.

Onn Hafiz berharap supaya usaha ini dapat memberikan sedikit keselesaan kepada anggota polis untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi keselamatan Bangsa Johor.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan