Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Anwar Luang Masa Kunjung Bazar Ramadan Di Sepanggar

15/03/2026 06:38 PM

KOTA KINABALU, 15 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan kira-kira 30 minit mengunjungi Bazar Ramadan University Apartment (UA), Sepanggar, di sini.

Anwar, yang diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud tiba pada 4.53 petang serta turut beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung bazar berkenaan, sebelum ke Universiti Malaysia Sabah untuk majlis berbuka puasa.

Peniaga kuih Francis Sungkin, 42, ketika ditemui Bernama menzahirkan rasa teruja berkesempatan bertemu dan bergambar bersama Perdana Menteri yang melawat gerai jualannya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Saya gembira kerana gerai saya adalah antara gerai yang Perdana Menteri lawat dan membuatkan saya lebih bersemangat berniaga dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara. Sudah tiga tahun saya berniaga bazar Ramadan di sini dan ini kali pertama Perdana Menteri melawat di sini,” katanya.

Seorang pengunjung, Jerry Soibik, 41, berkata dia tidak menyangka berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri ketika berkunjung ke bazar berkenaan hari ini.

“Ini kali pertama saya berkunjung ke bazar ini, kebetulan saya membawa anak untuk menggunting rambut di sekitar kawasan ini dan terus saya singgah untuk membeli makanan dan tidak menyangka terserempak dengan Perdana Menteri.

“Sebenarnya saya dan anak mahu bergambar dengan Perdana Menteri, namun tidak berkesempatan kerana ramai orang, saya berharap lain kali dapat sekali lagi berjumpa dan bergambar dengan pemimpin negara itu,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan