Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

19/03/2026 10:13 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul atas mandat baharu diterimanya untuk kekal menerajui negara itu.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar menyifatkan  Anutin sebagai “sahabat karib” serta menyatakan harapan agar hubungan dan kerjasama erat antara kedua-dua pemimpin itu akan terus diperkukuh.

“Sebagai jiran terdekat dan rakan dalam ASEAN, Malaysia dan Thailand berkongsi kepentingan besar terhadap kejayaan satu sama lain. Nasib kita ibarat dua sungai yang berpunca dari mata air yang sama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Saya berharap untuk meneruskan hubungan kerja dengan Perdana Menteri Anutin serta memperkukuh kerjasama Malaysia-Thailand, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kerjasama sempadan serta kestabilan serantau yang lebih luas,” kata beliau.

Menurut laporan media antarabangsa, Anutin terpilih semula sebagai Perdana Menteri Thailand selepas memperoleh kemenangan besar dalam undian Parlimen pada Khamis.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan Parlimen Thailand, menunjukkan Anutin yang juga Pengerusi Parti Bhumjaithai memperoleh 293 undi, menewaskan pengerusi Parti Rakyat Natthaphng Ruengpanyawut yang menerima 119 undi. Daripada 498 ahli yang mengundi, 86 ahli tidak berbuat demikian.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan