Ad Banner
 AM > BERITA

SDH Diperluas Ke Pulau Pinang - Fadhlina

23/03/2026 10:42 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) terus komited memenuhi keperluan setiap segmen murid, termasuk mereka yang sedang menerima rawatan di hospital, kerana akses kepada pendidikan berkualiti merupakan hak setiap individu.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata bagi memastikan murid yang menjalani rawatan tidak tercicir dalam pembelajaran, KPM bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melaksanakan inisiatif Sekolah Dalam Hospital (SDH).

Beliau berkata ketika ini sebanyak 20 program SDH beroperasi di seluruh negara, dengan lebih 400,000 murid telah mendapat manfaat sejak pelaksanaannya.

Ad Banner
Ad Banner

“Terkini, program SDH diperluas ke Hospital Seberang Jaya, sekali gus menjadi yang pertama dilaksanakan di Pulau Pinang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fadhlina berkata usaha berterusan itu turut diterjemahkan melalui pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang memberi penekanan kepada pendidikan inklusif serta kesaksamaan akses.

Program SDH telah dilaksanakan sejak 2011.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan