Ad Banner
 AM > BERITA

PLUS Jangka 2.3 Juta Kenderaan Sehari Hujung Minggu ini

26/03/2026 12:27 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik yang ketara antara 2 hingga 2.3 juta kenderaan sehari menggunakan rangkaian lebuh rayanya pada hari puncak bermula 27 hingga 29 Mac ini untuk perjalanan pulang ke ibu kota.

PLUS memaklumkan peningkatan itu melibatkan pergerakan trafik jarak jauh serta perjalanan antara bandar utama menuju ke Lembah Klang selepas bercuti sempena sambutan Aidilfitri.

Sehubungan dengan itu, PLUS menggalakkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal menggunakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar.

Ad Banner
Ad Banner

“Pengguna dinasihatkan supaya mengikuti jadual perjalanan MyPLUS-TTA yang boleh diakses menerusi aplikasi PLUS dan merancang waktu perjalanan pulang mengikut waktu dicadangkan bagi membantu melancarkan aliran trafik di lokasi tumpuan,” menurut PLUS dalam kenyataan itu.  

Sempena dengan Aidilfitri, PLUS turut mengaktifkan laluan Smart Lane di 34 lokasi terpilih sepanjang lebuh raya serta menugaskan anggota PLUSRonda untuk melakukan rondaan 24 jam sehari bagi memberikan bantuan kepada pengguna.

“PLUS turut mempertingkatkan kemudahan di semua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta hentian sebelah bagi menampung jumlah pengguna yang tinggi sepanjang tempoh berkenaan,” menurut kenyataan itu.

PLUS mengingatkan pengguna lebuh raya untuk memastikan baki kad Touch 'n Go dan eWallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan kesulitan di plaza tol.

Maklumat trafik semasa boleh diperoleh melalui aplikasi PLUS, aplikasi X @plustrafik, X @lpt2trafik atau menerusi paparan mesej elektronik (VMS) sepanjang lebuh raya serta stesen radio tempatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan