Ad Banner
 AM > BERITA

Karnival Kita MADANI X PMR Di Ipoh Tarik Lebih 3,000 Pengunjung

28/03/2026 05:35 PM

IPOH, 28 Mac (Bernama) -- Lebih 3,000 pengunjung memeriahkan Program Satelit: Karnival Kita MADANI X Program MADANI Rakyat (PMR) 2.0 Peringkat Negeri Perak 2026 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS) di sini yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan (JAPEN) Muhammad Najmi Mustapha berkata program itu bertujuan membuat hebahan awal berkenaan PMR Perak yang dijadualkan pada 3 hingga 5 April depan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru di sini. 

Beliau berkata Karnival Kita MADANI X PMR peringkat negeri merupakan program satelit edisi pertama 2026 yang dilaksanakan oleh JAPEN dengan kerjasama strategik Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ad Banner
Ad Banner

“Antara pengisian menarik pada program perasmian hari ini merangkumi inisiatif kesejahteraan dan ekonomi, termasuk Jualan Rahmah serta Jualan Agro MADANI yang menawarkan barangan pada harga berpatutan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.

"Selain itu, warga ILKKM SAS turut berpeluang menikmati perkhidmatan menukar minyak hitam motosikal secara percuma yang dibawakan khas sempena program ini," katanya ketika berucap pada majlis perasmian program itu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim merasmikan program hari ini yang turut dihadiri Pengarah JAPEN Perak Azrul Hasan.

Sementara itu, Muhammad Najmi berkata nilai kebersamaan dan kekitaan disuburkan lagi menerusi aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Ziarah Kasih, serta pertandingan mewarna kanak-kanak.   

"Apa yang lebih menarik, terdapat juga reruai pameran dan kaunter perkhidmatan agensi kerajaan, serta sesi taklimat isu-isu semasa yang memberi peluang kepada masyarakat untuk memahami dasar serta inisiatif kerajaan dengan lebih jelas," katanya.

Katanya Karnival Kita MADANI merupakan inisiatif JAPEN sebagai platform turun padang dan sesi libat urus melibatkan pelbagai jabatan dan agensi dalam menyampaikan maklumat, dasar-dasar serta inisiatif kerajaan kepada masyarakat setempat dengan lebih berkesan sehingga ke akar umbi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan