Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Malaysia, Arab Saudi Perkukuh Kerjasama Strategik Dalam Pengurusan Haji, Umrah

31/03/2026 11:25 PM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Malaysia dan Arab Saudi terus memperkukuh kerjasama strategik dalam pengurusan urusan haji, umrah dan hal ehwal berkaitan bagi memastikan kualiti perkhidmatan terbaik diberikan kepada jemaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat beliau ke atas Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Syeikh Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.

Pertemuan itu berlangsung di King Salman International Convention Centre, Madinah Al-Munawwarah sempena Forum Umrah dan Ziarah 2026. 

Ad Banner
Ad Banner

“Pertemuan ini membuka ruang yang baik ke arah memperkukuh hubungan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan buat para jemaah (Malaysia).

“Moga setiap usaha ini diberkati Allah SWT dan memberi manfaat besar kepada ummah, khususnya rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan