Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Penghuni Kuarters Hospital Gua Musang Bimbang Kehadiran Harimau Kumbang

04/04/2026 03:20 PM

GUA MUSANG, 4 April (Bernama) -- Kira-kira 30 keluarga di kuarters Hospital Gua Musang bimbang dengan keselamatan mereka susulan penemuan bangkai seekor biri-biri dipercayai dibaham harimau kumbang kira-kira 10 meter dari kuarters itu pada Khamis lepas.

Penduduk Mohd Helmiey Shudi Hussin, 42, berkata kejadian itu yang pertama kali berlaku sejak dia menetap di kuarters tersebut enam tahun lepas.

“Kejadian yang berlaku sangat hampir dengan kawasan rumah penduduk membuatkan kami takut dan risau dengan keselamatan, terutamanya anak-anak yang bermain di luar rumah. 

Ad Banner
Ad Banner

“Saya difahamkan penduduk yang tinggal lebih lama di sini pernah terserempak harimau kumbang di kawasan kuarters mengejar dan menangkap seekor kucing beberapa tahun lepas,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Lelaki itu berharap tindakan segera dapat diambil oleh pihak berkuasa kerana bimbang akan keselamatan penduduk, selain kuarters terletak berhampiran gua yang mungkin menjadi habitat haiwan liar tersebut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan Wan Mohd Adib Wan Yusoh ketika dihubungi berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut kejadian tersebut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan