Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Tiada Laluan Bas Henti-henti Di Perak Akan Ditamatkan Perkhidmatan - Exco

05/04/2026 06:00 PM

IPOH, 5 April (Bernama) -- Tiada lagi laluan perkhidmatan bas henti-henti di negeri ini akan ditamatkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Mohammad Nizar Jamaluddin. 

Beliau berkata hal ini termasuk laluan Kuala Kangsar–Lenggong–Gerik yang sebelum ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna susulan penamatan operasi baru-baru ini.

"Kita ambil maklum keresahan pengguna, khususnya pelajar yang bergantung pada perkhidmatan bas ini untuk ke sekolah. Oleh itu, kerajaan negeri pastikan tiada laluan yang akan ditamatkan dalam masa terdekat ini," katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat di Padang Taman Lapangan Jaya di sini, hari ini.

Mohamad Nizar berkata bagi memastikan kelangsungan pengangkutan awam kepada rakyat terus terpelihara, kerajaan negeri turut merancang pembukaan laluan baharu meliputi kawasan Kampar dan Gopeng.

Beliau berkata cadangan laluan baharu itu melibatkan laluan Tanjung Tualang, Kampung Timah, Tronoh Mines, Gopeng, Kopisan hingga Kampar, namun masih menunggu kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Sebelum ini, media melaporkan penduduk di sekitar Lenggong merayu agar perkhidmatan bas henti-henti bagi laluan Kuala Kangsar–Lenggong–Gerik dikembalikan segera selepas ditamatkan sejak 1 April lepas yang menjejaskan kehidupan harian pelbagai lapisan masyarakat.

Bagaimanapun, operasi tersebut disambung semula pada 3 April.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan