Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

14 Kampung Orang Asli Di Melaka Bakal Terima Kemudahan WiFi Percuma Menjelang Akhir Tahun

07/04/2026 05:51 PM

JASIN, 7 April (Bernama) -- Kesemua 14 perkampungan Orang Asli di Melaka bakal menerima perkhidmatan WiFi percuma menerusi inisiatif Melaka Digital menjelang akhir tahun ini yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi memperluas akses teknologi kepada komuniti berkenaan.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 pada tahun lepas bagi pelaksanaan inisiatif itu termasuk pemasangan kemudahan WiFi di lima perkampungan Orang Asli di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

"Antara lokasi yang telah dilengkapi kemudahan WiFi percuma ialah perkampungan Orang Asli di Solok Terentang, Kampung Gapam Baru, Kampung Air Sialang, Kampung Bukit Seraya dan Kampung Lubuk Bandung.

Ad Banner
Ad Banner

“Bagi pelaksanaan tahun ini pula, ia melibatkan tujuh lokasi di Machap Jaya masing-masing satu di Gadek dan Taboh Naning,” katanya ketika kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Perkhidmatan WiFi Percuma Negeri Melaka di Balai Raya Kampung Orang Asli Solok Terentang, Jus di sini hari ini.

Majlis berkenaan diadakan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Asahan yang berlangsung dari 3 hingga 11 April, dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Fairul Nizam berkata penyediaan kemudahan WiFi percuma itu dijangka memberi manfaat kepada antara 1,200 hingga 2,000 pengguna di perkampungan Orang Asli di negeri ini, sekali gus merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Beliau berkata bagi tahun ini, kerajaan negeri Melaka memperuntukkan RM450,000 untuk memperluaskan lagi liputan perkhidmatan itu termasuk sembilan perkampungan Orang Asli dan beberapa lokasi lain, antaranya institusi pendidikan seperti Sekolah Arab Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

"Pelaksanaan inisiatif ini diselia oleh pihak berkaitan bagi memastikan semua lokasi yang dikenal pasti menerima kemudahan tersebut.

“Kerajaan negeri akan terus berusaha memastikan semua rakyat mendapat akses kepada kemudahan digital sejajar dengan agenda Melaka Digital,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan