Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Sembilan Negeri, KL Dan Putrajaya Hingga 9 Malam

07/04/2026 07:27 PM

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Terengganu melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman,  Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin) dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).

Ad Banner
Ad Banner

Selain itu, keadaan sama turut dijangka berlaku di Negeri Sembilan, Johor (Segamat), Sarawak melibatkan Kuching, Sri Aman, Kapit (Song dan Kapit) dan Miri (Telang Usan) manakala Sabah, iaitu Pedalaman (Beaufort dan Nabawan) dan Sandakan (Beluran).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan