KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Jolicare, jenama krim herba untuk pemulihan kulit yang kering, gatal dan sensitif, mengembangkan perniagaan runcitnya ke lebih 1,000 kedai di seluruh Malaysia, menandakan peralihan strategik daripada model berasaskan dalam talian kepada akses luar talian yang lebih meluas.
Dalam kenyataan hari ini, Jolicare memaklumkan peluasan itu merangkumi rangkaian farmasi terkenal seperti HealthLane, Alpro Pharmacy, dan Guardian.
Menurut jenama itu, Guardian telah menjadi rakan runcit di seluruh negara susulan penyertaan Jolicare dalam Guardian x Tastefully Health Expo yang diadakan dari 6 hingga 8 Feb lepas, sekali gus meningkatkan keterlihatan jenama itu dalam saluran arus perdana bagi kesihatan dan penjagaan peribadi.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Jolicare Caleb Wong dalam kenyataan sama berkata pengembangan pesat itu didorong oleh permintaan pengguna organik.
"Yang paling menarik perhatian kami ialah betapa cepatnya perkembangan ini. Tidak lama dahulu, kami hanya berada dalam kira-kira 20 kedai, tetapi kini lebih 1,000 lokasi menawarkan jenama kami di seluruh negara.
"Sebahagian besarnya datang daripada pelanggan yang masuk ke farmasi dan bertanyakan tentang Jolicare. Itulah petunjuk besar bagi kami yang menunjukkan bahawa orang ramai bukan sahaja mahu membeli secara dalam talian, tetapi mereka juga mahu dapatkan Jolicare dengan mudah apabila mereka benar-benar memerlukannya," katanya.
Menurut Jolicare, langkah itu mencerminkan perubahan tingkah laku pengguna ketika menemui dan membeli produk penjagaan kulit, khususnya yang berfungsi, dengan kepercayaan dan kedekatan memainkan peranan penting.
"Bagi ramai pelanggan yang berdepan dengan masalah kulit kering, gatal dan sensitif, keupayaan untuk mendapat penyelesaian dengan cepat di farmasi berdekatan menjadi faktor utama dalam membuat keputusan pembelian," menurut kenyataan itu.
Dengan meluaskan ke rangkaian runcit sedia ada, syarikat berkenaan menyasarkan untuk meletakkan produknya lebih dekat kepada pengguna ketika memerlukan, di samping memperkukuh kredibiliti melalui kehadirannya bersama-sama jenama farmasi yang dipercayai.
Jenama itu kini meraih gelaran Most Skin Repair Creams Sold in a Year (Julai 2025) daripada Malaysia Book of Records, dengan lebih 100,000 unit terjual dan lebih 20,000 ulasan lima bintang direkodkan merentas pelbagai platform.
Krim Jolicare diperakui Global GMP, berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA), selain melalui ujian makmal oleh SGS dan MyCO2.
-- BERNAMA
Penafian: Berita ini ialah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pandangan dalam artikel ini
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial