Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Malaysia-Bangladesh Teroka Kerjasama Pendidikan Tinggi, Mobiliti Tenaga Kerja

10/04/2026 06:20 PM

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Malaysia dan Bangladesh akan meneroka potensi kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, pembangunan bakat serta mobiliti tenaga kerja berkemahiran. 

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perbincangan mengenai perkara itu diadakan bersempena dengan kunjungan hormat Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Ariful Haque Choudhury bersama-sama Penasihat Perdana Menteri Bangladesh Mahdi Amin ke Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya hari ini. 

“Insya-Allah, hubungan dua hala ini akan terus diperkukuh demi manfaat bersama selaras dengan usaha memperkasa ekosistem pendidikan tinggi negara ke arah yang lebih berdaya saing dan inklusif,” katanya menerusi hantaran di Facebook susulan pertemuan beliau dengan kedua-dua pemimpin Bangladesh itu.

Ad Banner
Ad Banner

Hantaran itu turut disertai beberapa keping gambar yang memaparkan Zambry menyantuni Ariful dan Mahdi di bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan