KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- LazMall merekodkan peningkatan enam kali ganda dalam nilai dagangan kasar (GMV) di rantau Asia Tenggara dengan Malaysia sahaja mencatatkan kenaikan sebanyak 12 kali ganda semasa kempen Jualan Ulang Tahun Ke-14 Lazada.
Ini sekali gus menunjukkan bahawa lebih ramai pembeli secara aktif memilih kedai jenama rasmi dan saluran membeli-belah dalam talian yang dipercayai itu.
Lazada Group dalam satu kenyataan memaklumkan secara keseluruhan nilai dagangan kasar platform itu di Malaysia meningkat lebih daripada 5.5 kali ganda mencerminkan respons pembeli yang kukuh semasa jualan tersebut.
“LazMall menyumbang 60 peratus daripada keseluruhan GMV platform itu dan 41 peratus daripada jumlah seluruh pesanan semasa kempen tersebut. Di Malaysia, LazMall menyumbang 41 peratus daripada keseluruhan platform.
“Ini sekali lagi menunjukkan bahawa kepercayaan, kesahihan dan jaminan menjadi faktor penting bagi rakyat Malaysia untuk memutuskan tempat untuk membeli,” menurut kenyataan itu.
Lazada memaklumkan berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap jenama dan penjual bereputasi yang dipercayai oleh pembeli di Malaysia, 100 penjual LazMall teratas menyaksikan GMV melonjak lebih daripada 24 kali ganda daripada tahap bukan kempen.
Prestasi kategori di Malaysia menunjukkan bahawa pembeli membeli dengan niat dan keyakinan yang jelas semasa kempen tersebut.
"Trend ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukan sahaja membuat pembelian terancang, tetapi juga beralih kepada platform itu untuk keperluan rumah, produk kesihatan dan barangan penjagaan diri, pembelian penting dan keperluan harian," demikian menurut kenyataan itu.
Dalam membantu pembeli menikmati perjalanan membeli-belah yang lebih pantas dan intuitif, Lazada terus melabur dalam kecerdasan buatan yang dipanggil Lazzie, pembantu membeli-belah AI platform tersebut.
“Ciri interaktif SmartStack dalam Lazzie mencatatkan kira-kira 2.5 juta pengguna harian di peringkat serantau, menyumbang kepada peningkatan 38 peratus dalam trafik harian keseluruhan,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Kaya Qin berkata rakyat Malaysia semakin berhati-hati dalam cara mereka membeli-belah dalam talian.
“Nilai masih penting, tetapi begitu juga kepercayaan. Orang ramai ingin tahu bahawa mereka membeli dari tempat yang betul, mendapatkan produk yang asli dan membuat keputusan dengan yakin.
“Itulah sebabnya kami melihat permintaan yang lebih tinggi untuk kedai jenama rasmi dan penggunaan alat yang lebih meluas yang membantu pembeli membandingkan, memilih dan membeli dengan lebih mudah,” katanya dalam kenyataan itu.
Jualan Ulang Tahun kali ini mengetengahkan perubahan bermakna dalam bagaimana eDagang berkembang di seluruh Asia Tenggara, dengan Malaysia muncul sebagai salah satu pasaran yang mencatatkan peningkatan ketara.
Menurut Lazada, tumpuan sekarang adalah untuk mengekalkan momentum tersebut dengan terus melabur dalam LazMall, memajukan alat membeli-belah yang diterajui AI dan mewujudkan pengalaman yang lebih lancar dan dipercayai yang membantu rakyat Malaysia membeli-belah dengan yakin setiap hari.
Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif Lazada Malaysia dan kempen akan datang, boleh layari Lazada Malaysia di Facebook rasmi, Instagram dan TikTok.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial