Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Nelayan Terjatuh Bot Ditemukan Lemas, Rakan Masih Hilang

14/04/2026 09:35 PM

IPOH, 14 April (Bernama) -- Seorang nelayan ditemukan lemas manakala rakannya masih hilang selepas dilaporkan terjatuh dari bot di perairan Pulau Pasir Hitam, Ahad lepas.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau Komander Maritim Hairil Othman berkata dalam kejadian itu, Sim Yau Kok, 38, seorang nelayan tempatan bersama dua warga Myanmar, Ko Ko Aung, 35, dan Khin Maung Tun, 38, jatuh laut ketika mahu menurunkan pukat.

“Ko Ko Aung berjaya diselamatkan oleh nelayan tempatan pada hari kejadian manakala Khin Maung Tun ditemukan lemas oleh pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ad Banner

Beliau berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan CARILAMAT sebaik menerima maklumat kejadian berkenaan.

Hairil berkata berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa yang terselamat, Sim dilaporkan memakai baju berwarna kelabu dan berseluar biru ketika kejadian dan CARILAMAT kini diteruskan dengan penglibatan aset serta pemantauan berterusan di kawasan pencarian.

“Orang awam yang mempunyai maklumat atau menjumpai sebarang petunjuk mengenai mangsa, diminta menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 011-35259910 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera,” katanya.

-- BERNAMA 

 

TAG: APMM, CARILAMAT, nelayan, lemas, Hairil Othman 


RAZ SYASA HER


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan