Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Skim Pengembara, Elaun Bersalin Hampir Dimuktamadkan - Ramanan

16/04/2026 04:03 PM

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang  memuktamadkan aspek perundangan, sebelum membentangkan cadangan pelaksanaan Skim Pengembara dan elaun bantuan cuti bersalin di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada Kabinet.

Menterinya Datuk Seri R Ramanan berkata mekanisme bagi kedua-dua inisiatif itu, turut sedang diperhalusi bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

“Ia akan dibentang kepada Kabinet dalam masa terdekat dan mekanisme bantuan pun sedang diteliti. Saya ingat biarlah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang umum dalam masa terdekat,” katanya selepas mengadakan sesi dialog bersama Kelab Concorde di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Ad Banner

Sesi yang dipengerusikan oleh Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai itu, membincangkan topik Kerja, Gaji dan Masa Depan.

Ramanan sebelum ini memaklumkan Skim Pengembara dijangka memberi perlindungan sosial kepada lebih 400,000 rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di Singapura.

Selain itu, beliau berkata KESUMA juga pada peringkat akhir kajian untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan ibu bersalin, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara.

Ad Banner

Elaun yang dicadangkan di bawah sistem insurans Perkeso itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 ibu di seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan