Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Bakal Jemaah Haji Warga SPRM Perlu Tekankan Nilai Kesabaran, Integriti

17/04/2026 01:37 PM

PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Bakal jemaah haji dalam kalangan warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diingatkan supaya mengutamakan kesabaran dan integriti ketika menunaikan ibadah. kata Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki. 

Beliau berkata cabaran dalam menunaikan ibadah haji kekal sama walaupun peredaran zaman berubah, sekali gus menuntut tahap kesabaran yang tinggi dalam kalangan jemaah.

“Saya berharap semua bakal jemaah haji dapat menunaikan rukun Islam kelima ini dengan sebaiknya dan dikurniakan haji yang mabrur,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan SPRM selepas majlis meraikan enam warga kerja SPRM yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji musim 1447H/2026M.

Ad Banner

Warga SPRM yang terpilih ialah Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan Datuk Rasidah Abdul Karim; Penolong Kanan Penguasa SPRM Perak (Cawangan Taiping) Mohammad Faiz Azmi; Penolong Kanan Penguasa SPRM Pulau Pinang Muhammad Faizal Ismail;  Penolong Kanan Pesuruhjaya Ahmad Faiz Hasan; Penolong Pesuruhjaya Haryazi Baharom dari Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat serta Hajar Hashim dari Bahagian Khidmat Pengurusan.

Pada majlis anjuran Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme (BCP) itu, Azam turut menyampaikan sumbangan dan cenderahati kepada bakal jemaah haji berkenaan sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Penganjuran program itu mencerminkan komitmen SPRM dalam menjaga kebajikan warga kerjanya, di samping memperkukuh nilai spiritual serta integriti dalam kalangan pegawai.

Ad Banner

Media melaporkan, kumpulan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas ke Tanah Suci dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi esok.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan