Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kerajaan Tumpu Pastikan Bahan Mentah Peranti Perubatan Mencukupi - Dzulkefly

18/04/2026 07:37 PM

JOHOR BAHRU, 18 April (Bernama) -- Kerajaan memberi tumpuan memastikan bekalan bahan mentah untuk pengeluaran peranti perubatan sentiasa mencukupi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata aspek harga berkaitan persetujuan strategik dengan China bagi pembelian bahan mentah resin dan nafta pula masih di peringkat rundingan berdasarkan konsep jual beli sukarela.

"Kita pastikan bekalan terjamin dulu, hal yang terkait (soal) harga, itu dalam rundingan berdasarkan willing buyer, willing seller, tidak ada masalah .

Ad Banner

"Jadi, tidak ada perkara-perkara yang akan menjejaskan bekalan, tiada gangguan bekalan atau bekalan yang akan tergendala untuk peranti perubatan," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Raya Parlimen Pulai di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai penjimatan yang diperoleh susulan persetujuan strategik yang dimuktamadkan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dengan China untuk meningkatkan pembelian dua bahan mentah itu. 

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kenyataan memaklumkan bahawa bekalan peranti perubatan negara kekal stabil dan terkawal hasil pemantauan rapi serta pelaksanaan langkah mitigasi secara berterusan, meskipun berdepan krisis tenaga global.

KKM memaklumkan persetujuan strategik dengan China bertujuan menstabilkan rantaian bekalan serta memastikan kelangsungan pengeluaran peranti perubatan kritikal di Malaysia.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan