Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Warden Sepenuh Masa Ditempatkan Di 58 MRSM Mulai Tahun Depan - Asyraf Wajdi

20/04/2026 08:02 PM

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Warden sepenuh masa akan ditempatkan di 58 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) seluruh negara mulai tahun depan, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata warden sepenuh masa itu terdiri daripada kalangan bekas anggota beruniform dengan pemilihan yang ketat dan wajib melalui latihan bagi memahami Falsafah Pendidikan MARA.

“Guru-guru tidak perlu lagi terbeban dengan tugas warden, hanya fokus mengajar, mendidik dan kemenjadian pelajar,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Ad Banner

Pada Ogos tahun lepas, Asyraf Wajdi mengumumkan MARA melaksanakan projek rintis pelantikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai warden di dua MRSM bagi tempoh enam bulan.

Beliau berkata inisiatif yang bertujuan untuk menangani kes buli dan mengurangkan beban guru  itu bakal diperluas ke seluruh negara sekiranya penilaian pelaksanaannya menunjukkan hasil positif.

-- BERNAMA 

Ad Banner

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan