Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kelantan Pertimbang Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah

21/04/2026 04:50 PM

KOTA BHARU, 21 April (Bernama) -- Kerajaan Negeri Kelantan sedang mempertimbangkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi penjawat awam negeri itu, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Beliau bagaimanapun berkata pelaksanaan BDR itu bergantung kepada situasi semasa, selain ia memberi kesan secara langsung kepada penjawat awam di negeri berkenaan.

"BDR ini sudah tidak asing lagi di negara kita memandangkan kita sudah praktikkan sebelum ini ketika penularan wabak COVID-19.

Ad Banner

"Jika situasi contohnya berkait dengan harga diesel tidak turun, mungkin ia akan dipertimbangkan. Baru-baru ini saya dimaklumkan satu perjalanan ke Gua Musang mencecah kos RM500, jika situasi ini berterusan ia akan membebankan kita," katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Fadzli berkata sekiranya BDR dilaksanakan di negeri ini, ia akan dilakukan berperingkat atau penggiliran bekerja.

"Bangunan kerajaan tidak boleh kosong. Mungkin sebahagian sahaja yang BDR, kalau ada 20 jabatan, mungkin 10 jabatan sahaja yang akan berkait dengan pelaksanaan (dasar) ini," katanya.

Ad Banner

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan