Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Perpustakaan Negara Perkenal Dua Inisiatif Perkhidmatan Digital

22/04/2026 06:13 PM

PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memperkenalkan dua inisiatif perkhidmatan digital iaitu sistem Quickbook2U@PNM dan Sistem Pengurusan Tempahan Ruang Sewaan (QuickKarel).

Dalam kenyataan hari ini, KPN memaklumkan inisiatif itu diperkenalkan selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan usaha memudahkan urusan rakyat, pembudayaan ilmu serta meningkatkan akses kepada bahan bacaan dan kemudahan perpustakaan.

Menurut kenyataan itu, Quickbook2U@PNM membolehkan pengguna menempah buku secara dalam talian tanpa perlu hadir ke perpustakaan secara fizikal. 

Ad Banner

Melalui sistem berkenaan pengguna boleh mengakses koleksi bahan bacaan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, di samping menikmati kemudahan penghantaran terus ke lokasi mereka. 

QuickKarel pula adalah platform digital yang memudahkan orang ramai membuat tempahan ruang sewaan secara dalam talian dengan lebih pantas, sistematik dan efisien.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata kedua-dua sistem itu mencerminkan komitmen berterusan KPN dalam memodenkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, selaras dengan hasrat membudayakan inovasi digital serta memperluas akses kepada ilmu dan kemudahan perpustakaan. 

Ad Banner

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan