Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Sistem Keterjaminan Makanan Negara Perlu Terus Diperkukuh - Mohamad

24/04/2026 07:55 PM

KUALA LUMPUR, 24 Apr (Bernama) -- Sistem keterjaminan makanan negara perlu terus diperkukuh agar petani kekal terbela dan bekalan makanan mencukupi dalam berdepan dengan krisis bekalan global.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook beliau bersempena dengan lawatan ke Vietnam Academy of Fishery Sciences (VAFIS), di Vietnam, hari ini.

Semasa lawatan itu beliau turut berkesempatan melihat sendiri peranan besar VAFIS dalam memajukan sektor perikanan Vietnam yang banyak menekankan aspek penyelidikan dan inovasi, khususnya dalam bidang akuakultur.

Ad Banner

“Ini satu perkara yang sangat baik dan Malaysia juga memberi tumpuan serius dalam usaha memperkuat sektor ini.

“Banyak yang kita boleh belajar antara satu sama lain. Saya nampak ada peluang besar untuk Malaysia dan Vietnam tingkatkan kerjasama terutama dalam pembangunan akuakultur, perikanan mampan dan juga perkongsian ilmu serta kepakaran,” katanya.

Beliau berharap lawatan itu akan menjadi permulaan kepada kerjasama yang lebih kukuh antara institusi kedua-dua negara.

Ad Banner

Mohamad berkata hubungan Malaysia dan Vietnam yang sedia baik akan terus diperkasa agar kedua-dua negara boleh menghadapi cabaran krisis bekalan global di samping memastikan bekalan makanan negara terus terjamin.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan