Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa 10 Negeri Hingga 6 Petang

25/04/2026 04:48 PM

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri hingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda seluruh Perlis dan Pulau Pinang, selain beberapa kawasan di Kedah iaitu Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim.

Ad Banner

Di Pantai Timur, cuaca sama dijangka melibatkan Hulu Terengganu di Terengganu, Kelantan (Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin).

Amaran cuaca sama turut melibatkan beberapa kawasan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.

Selain itu, Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan serta Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru di Johor turut dijangka mengalami keadaan cuaca sama.

Ad Banner

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan