Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Tiada Kecederaan Libatkan Pelajar MRSM Pendang Susulan Ribut, Hujan Lebat

27/04/2026 11:16 PM

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Pendang, Kedah susulan kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda institusi itu petang tadi.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau telah menerima laporan kejadian berkenaan dan mengarahkan pihak maktab untuk terus melakukan pemantauan serta pemeriksaan berkala bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara.

“Saya dimaklumkan blok asrama, surau, blok akademik serta dewan makan tidak terjejas malah bekalan elektrik di kawasan itu masih berfungsi seperti biasa.

Ad Banner

“Namun, blok pentadbiran mengalami kerosakan yang agak teruk melibatkan bilik guru, dewan kuliah, makmal komputer, bilik kaunselor serta bilik pendidikan seni, dan bekalan elektrik di blok ini telah terputus,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini. 

Sehubungan dengan itu, beliau berkata Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA telah diarahkan mengambil tindakan segera bagi memastikan pelajar berada dalam keadaan selamat selain Peruntukan Khas Darurat juga akan disalurkan bagi membolehkan kerja-kerja pembaikian dilaksanakan.

“Keselamatan dan kebajikan pelajar serta guru-guru sentiasa menjadi keutamaan. Saya akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa,” katanya. 

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan