Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

14 Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-jaga

29/04/2026 09:27 AM

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan cuaca panas pada Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga  setakat 6 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Perlis; Kedah meliputi Kubang Pasu, Pendang, Kota Setar dan Padang Terap; Perak (Kuala Kangsar dan Hulu Perak); Kelantan (Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang), Kuala Lumpur serta Selangor melibatkan Gombak dan Sepang.

Turut terlibat dua kawasan di Sabah iaitu Beaufort dan Telupid serta Sarawak (Limbang).

Ad Banner

Menurut MetMalaysia status Tahap 1 (berjaga-jaga) dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk maklumat terkini status cuaca panas melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my.

-- BERNAMA 

Ad Banner
Ad Banner


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan