Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

192 Mangsa Ribut Di Pendang Terima Bantuan Wang Ihsan

29/04/2026 06:38 PM

PENDANG, 29 April (Bernama) -- Sebanyak 192 keluarga dalam Parlimen Pendang yang terjejas akibat ribut Isnin lepas, menerima bantuan wang ihsan daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari  ini.

Bantuan disampaikan Timbalan Pengarah ICU JPM Kedah Mohd Redzuan Ab Ghapar sebagai bantuan segera bagi membantu meringankan beban mangsa terlibat.

Beliau berkata pihaknya akan terus memantau rapat serta memberi bantuan susulan bersama agensi dan jabatan terlibat bagi memastikan kebajikan mangsa terjaga.

Ad Banner

“Kita turun tengok keadaan ribut, kita dah melawat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sekolah dan beberapa rumah seterusnya menyampaikan sumbangan wang ihsan yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka. 

“Kita juga akan tengok bantuan susulan lain yang diperlukan dan akan bekerjasama dengan agensi serta jabatan terlibat bagi menyalurkan bantuan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kedah Datuk Dr Zulkefli Mohamad yang mewakili Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah (MTPN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, Zulkefli berkata hubungan erat antara pemimpin setempat bersama masyarakat membolehkan sumbangan dan bantuan diselaraskan dengan lancar.

Beliau turut mengingatkan penduduk terjejas agar berwaspada dan menjaga kediaman masing-masing bagi mengelakkan kecurian barangan berharga kerana struktur bangunan yang sudah rosak.

“Saya beri peringatan supaya penjenayah tak ambil kesempatan waktu kita dalam kesusahan, barangan berharga letak di bilik selamat dan berkunci,” katanya.

Dalam kejadian Isnin lepas, ribut kuat dan angin kencang menjejaskan penduduk di beberapa kampung sekitar daerah ini termasuk MRSM Pendang dan beberapa sekolah lain.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan