Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Anwar Hadir Mesyuarat Pembangunan Daerah Petaling Di Shah Alam

29/04/2026 08:21 PM

SHAH ALAM, 29 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Pembangunan Daerah Petaling di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini, yang memberikan tumpuan kepada usaha menyelaras penyelesaian terhadap pelbagai isu pelaksanaan pada peringkat daerah dan negeri.

Mesyuarat lebih sejam itu turut dihadiri Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, barisan exco kerajaan negeri serta pegawai kanan daerah.

Antara yang dibincangkan ialah isu yang dibangkitkan dalam titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini, termasuk pengurusan sisa pepejal, isu penternakan babi dan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI).

Ad Banner

Mesyuarat itu turut menyentuh isu infrastruktur termasuk keadaan jalan raya yang rosak, keperluan memperkukuh langkah tebatan banjir serta usaha menangani kemiskinan, khususnya kemiskinan bandar.

 -- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan