Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Terengganu Rekod 2.45 Juta Pelancong Suku Pertama Tahun Ini

02/05/2026 06:56 PM

MARANG, 2 Mei (Bernama) -- Terengganu merekodkan kemasukan 2.45 juta pengunjung dan pelancong dari dalam serta luar negara pada suku pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding 2.03 juta pelancong bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata ia melibatkan penghasilan pendapatan antara RM700 juta hingga RM900 juta yang dijana daripada industri perhotelan, inap desa, makanan dan sebagainya.

Ad Banner

"Kemasukan pelancong ke Terengganu sebahagian besarnya melibatkan pelancong yang berpendapatan sederhana yang masuk melalui jalan darat...bukannya pelancong berprofil tinggi.

"Sasaran kita untuk tahun ini adalah sembilan juta pelancong. Kalau tengok pada prestasi suku pertama  dan rekod tahun lepas, kita boleh capai sasaran tersebut melalui pelbagai program yang telah diatur dalam kalendar pelancongan Terengganu," katanya pada Pelancaran Program Karnival Candat Sotong Terengganu 2026 di Pulau Kekabu di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu Terengganu Datuk Tengku Mohd Ariffin Tengku A.Rahman dan Pegawai Daerah Marang Zulkifli Isa.

Ad Banner
Ad Banner

Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang karnival selama empat hari termasuk persembahan muzik dan kebudayaan, pertandingan sukan air, demonstrasi kraf, pertandingan memasak dan kuiz pelancongan.

Razali berkata lebih 40,000 pengunjung dijangka membanjiri Terengganu untuk musim mencandat sotong yang bermula pada April hingga Ogos.

"Di Terengganu terdapat kira-kira 3,000 pemilik bot yang menawarkan perkhidmatan sewa bot untuk aktiviti mencandat. Bot ini ditempah sejak tahun lepas dan sentiasa penuh," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan