Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Fadillah Ucap Takziah Kepada Keluarga Pengamal Media Sarawak James Joshua Guang

03/05/2026 01:28 PM

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga pengamal media Sarawak James Joshua Guang, 58, yang meninggal dunia semalam.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Fadillah berkata pemergian mendiang bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga, malah seluruh komuniti pengamal media di Sarawak.

“Segala jasa dan sumbangan beliau akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada legasi yang bermakna dalam dunia kewartawanan dan komunikasi.

Ad Banner

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang dan semoga diberikan kekuatan, ketabahan serta ketenangan dalam menghadapi saat yang sukar ini,” katanya.

James meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Anglican Siburan, Kuching pada Selasa.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan