Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

KSN Ucap Tahniah Pelantikan Suriani Ahmad Sebagai KSU KKDW

04/05/2026 11:40 AM

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Suriani Ahmad yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Shamsul Azri berkata beliau yakin dengan kompetensi dan pengalaman yang dimiliki oleh Suriani.

“Beliau mampu memacu kecemerlangan KKDW dalam pembangunan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar berteraskan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam untuk mencapai aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Shamsul Azri berkata Suriani, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian), Universiti Sains Malaysia (USM) serta Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang Strategi dan Diplomasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau berkata Suriani berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan, dasar awam dan hubungan antarabangsa, selain pernah menyandang beberapa jawatan penting.

Antaranya sebagai KSU di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; serta Kementerian Kesihatan.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan