Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Pesawat MH8110 Mendarat Di Muscat Susulan Isu Teknikal, Semua Jemaah Selamat - TH

05/05/2026 12:18 AM

MAKKAH, 4 Mei (Bernama) -- Pesawat MH8110 yang membawa 278 jemaah haji KT051 mendarat di Lapangan Terbang Muscat, Oman berikutan isu teknikal, menurut kenyataan Lembaga Tabung Haji (TH).

TH memaklumkan pesawat itu mendarat pada 4.11 petang waktu tempatan sebagai langkah berjaga-jaga dan semua jemaah berada dalam keadaan baik serta tidak terjejas.

"Tindakan pendaratan itu adalah langkah keselamatan standard bagi memastikan perjalanan jemaah berjalan lancar dan selamat.

Ad Banner
Ad Banner

"Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2.06 petang, Isnin dan dijadualkan tiba di Jeddah pada hari sama," menurut kenyataan TH hari ini.

TH memaklumkan, Malaysia Airlines melalui perkhidmatan AMAL kini sedang menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas pesawat sebelum perjalanan diteruskan.

"Sekiranya perlu, jemaah akan ditempatkan sementara di hotel sebelum berlepas semula ke Jeddah,”  menurut kenyataan itu.

Ad Banner
Ad Banner

TH meminta orang ramai khususnya keluarga jemaah, agar bertenang kerana keadaan terkawal dan keselamatan semua penumpang sentiasa menjadi keutamaan.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan