BERITA TERGEMPAR   Over RM15 billion in financing support provided to micro, small and medium enterprises this year - MoF | 
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Bernama Berhasrat Terbit Buku Mewah Mengenai Yang Dipertua Negeri Sarawak

05/05/2026 02:21 PM

KUCHING, 5 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhasrat untuk menghasilkan buku mewah (coffee table book) mengenai Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Hasrat itu dizahirkan semasa pengurusan tertinggi Bernama, diketuai Pengerusinya Datuk Seri Wong Chun Wai serta Ketua Pegawai Eksekutif Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin mengadakan kunjungan hormat terhadap Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri, di sini hari ini.

Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu, Wan Junaidi, yang juga seorang penulis, turut berkongsi beberapa buku hasil penulisannya termasuk Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia Edisi Ketiga, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 15 Jan 2024.

Ad Banner
Ad Banner

Buku The 365 Days in Astana: Kisah dan Potret Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang turut dikongsikan bukan sekadar koleksi gambar, tetapi juga naratif yang merakamkan inti pati tanggungjawab, rasa hormat dan dedikasi beliau sepanjang memegang jawatan berkenaan.

Karya lain seperti A Policeman, menceritakan pengalaman mempertaruhkan nyawa dalam beberapa siri operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara di Miri, Sibu dan Kapit ketika beliau berkhidmat dengan Pasukan Polis Hutan, sekali gus mencerminkan semangat patriotisme beliau dalam tempoh sukar negara.

Hadir sama dalam kunjunga hormat itu ialah Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj, Ketua Khidmat Pengurusan dan Kewangan Bernama Sharifah Zaini Syed Zain, Ketua Jabatan Komersial Bernama Mastura Hassan, Pengurus Pemasaran Foto Fariz Rizal Mardzri serta Ketua Biro Bernama Sarawak Ammar Syafiq Hamzah.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan