Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

ANKER Innovations Lancar Butik Pertama Asia Tenggara Di Malaysia

05/05/2026 06:30 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- ANKER Innovations mencatat satu lagi pencapaian penting dalam peluasan operasinya di rantau ini menerusi pratonton butik pertama Asia Tenggara di Malaysia yang menawarkan pengalaman interaktif merangkumi keseluruhan ekosistem produk teknologi pengguna syarikat itu. 

Menurut kenyataan syarikat berkenaan hari ini, butik yang terletak di IOI City Mall itu menghimpunkan jenama di bawahnya iaitu ANKER, soundcore, eufy dan eufyMake di bawah satu bumbung, meliputi produk selain penyelesaian pengecasan seperti audio, rumah pintar, teknologi kreatif serta penjagaan ibu dan bayi.

“Bagi meningkatkan pengalaman pelanggan, butik ini turut menyediakan zon percetakan UV interaktif yang membolehkan pelanggan menyesuaikan produk terpilih mengikut reka bentuk pilihan sendiri.

Ad Banner
Ad Banner

“Selain itu, kedai ini turut dilengkapi pusat perkhidmatan selepas jualan khusus yang menyediakan sokongan mudah dan boleh dipercayai, sekali gus memperkukuh komitmen ANKER Innovations dalam menawarkan pengalaman pelanggan menyeluruh dari awal hingga akhir,” menurut kenyataan itu.

Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam industri, ANKER Innovations menawarkan ekosistem produk merangkumi penyelesaian pengecasan pantas dan boleh dipercayai di bawah jenama ANKER, pengalaman audio imersif oleh soundcore serta penyelesaian pintar berteraskan pengguna untuk kehidupan harian melalui eufy, kesemuanya disokong jaminan hingga 24 bulan.

Di butik berkenaan, pelanggan boleh meneroka produk pengecasan utama di bawah jenama ANKER selain peranti audio soundcore termasuk fon telinga, fon kepala dan pembesar suara yang dilengkapi teknologi akustik terkini.

Ad Banner
Ad Banner

Butik itu turut menampilkan ekosistem rumah pintar eufy merangkumi robot vakum, sistem keselamatan rumah dan penyelesaian penjagaan diri, selain produk khusus untuk ibu dan bayi, manakala penawaran eufyMake melibatkan peralatan seperti pencetakan 3D dan penyelesaian fabrikasi digital bagi membolehkan pengguna menghasilkan reka bentuk tersuai.

Menurut syarikat itu, pelbagai promosi eksklusif ditawarkan sempena pembukaan awal bermula 25 April hingga pembukaan rasmi pada 24 Mei, termasuk diskaun berperingkat, kempen beli dan menang serta pakej khas produk terpilih.

“Diskaun berperingkat sebanyak 10 peratus bagi perbelanjaan minimum RM400 atau 15 peratus bagi perbelanjaan RM800 (25 April hingga 24 Jun). Kempen Beli & Menang menawarkan hadiah termasuk C28 Omni Robot Vacuum bernilai RM2,299 serta pengecas komputer riba tanpa had minimum pembelian (25 Mei hingga 24 Jun).

“Selain itu, pakej khas produk ANKER terpilih ditawarkan pada harga serendah RM5.10 setiap set untuk 100 pelanggan pertama bermula 24 Mei,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengurus Negara ANKER Victor Liao berkata Malaysia merupakan pasaran penting bagi syarikat itu di rantau ini dan pihaknya optimis untuk terus memperkukuh hubungan dengan pengguna tempatan melalui pengalaman jenama yang lebih interaktif.

“Kami memperluas kehadiran di Malaysia dengan sokongan platform e-dagang terus kepada pengguna serta saluran runcit fizikal, sekali gus membolehkan kami mencapai kelompok pengguna yang lebih luas.

“Pelancaran butik pertama Asia Tenggara ini merupakan langkah seterusnya dalam menawarkan pengalaman jenama lebih imersif dan menyeluruh, dengan pelanggan kini boleh meneroka, berinteraksi dan merasai keseluruhan ekosistem ANKER Innovations di satu lokasi,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan