Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Sultan Selangor Berkenan Kurnia Watikah Pelantikan 32 Individu

06/05/2026 02:43 PM

SHAH ALAM, 6 Mei (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 32 individu termasuk Orang Besar Istana Muhammad Faez Muhammad di Istana Bukit Kayangan, di sini. 

Turut berangkat pada istiadat pengurniaan itu Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Istiadat itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Ad Banner
Ad Banner

Mendahului senarai penerima watikah ialah Muhammad Faez yang juga Kerabat Diraja Negeri Selangor. 

Sultan Selangor turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan Anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi sesi 2024-2026 kepada Mohamed Onn Abd Aziz yang juga Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, yang menggantikan Datuk Salim Soib@Hamid.

Turut menerima watikah pelantikan sebagai Anggot Panel Tetap Hakim Rayuan Syariah Selangor ialah Datuk Amran Mohd Zain, Datuk Mohamad Shakir Abdul Hamid, Noor Hadina Ahmad Zabidi dan Datuk Mohammad Adib Husain. 

Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, Abdul Shukor Abd Hamid, Siti Salwa Mohd Nor@Ghazali, Umamuddin Yunus, Marina Abdul Rahman dan Norul Aina Bahari masing-masing dikurniakan watikah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Sultan Selangor turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor kepada Siti Noraini Mohd Ali, Siti Fatimah Ahmad Maulana, Aminullah Bahrin dan Nik Mohd Fitri Nik Yahaya.

Tiga lagi individu, iaitu Abdul Hadi Umar, Sri Kauthar Mohamad Banun dan Harun Hashim menerima watikah pelantikan sebagai Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.  

Turut menerima watikah pelantikan masing-masing Jafri Abdullah sebagai Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’, Lukman Mohd Hosni (Pendaftar Kanan), Mohd Rizal Ismail (Pendaftar Kanan dan Pendaftar Wali Raja) dan Norawi Endut (Pendaftar Wali Raja). 

Pada istiadat sama Sultan Selangor turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 individu bagi menganggotai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wakaf Selangor. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan