Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Sultan Perak Perkenan Belia Diberi Penghormatan Baca Khutbah Jumaat Esok

07/05/2026 10:59 AM

IPOH, 7 Mei (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid seluruh negeri esok bersempena sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata Sultan Nazrin bertitah sedemikian bagi menghargai dan mengiktiraf peranan penting belia di negara ini.

Beliau berkata Sultan Nazrin juga menitahkan khutbah Jumaat di Perak esok bertemakan belia dengan tajuk "Belia: Tenaga Penggerak Kemajuan Negara".

Ad Banner
Ad Banner

"Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah mengemukakan 94 nama pemimpin belia yang telah diperkenankan oleh Sultan Perak untuk membaca khutbah di masjid dan surau diri Jumaat negeri Perak pada 8 Mei 2026," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemimpin belia yang akan terlibat membaca khutbah Jumaat esok termasuklah daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Belia Daerah, Kelab Rakan Muda dan kelab belia.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan