Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

08/05/2026 03:46 PM

MAKKAH, 8 Mei (Bernama) -- Seorang jemaah haji lelaki Malaysia berusia 55 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung di sini, semalam.

Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan Allahyarham yang berasal dari Cheras, Selangor, disahkan meninggal dunia di King Abdullah Medical City pada 8.01 pagi waktu tempatan.

Menurut TH, Allahyarham hadir ke Tanah Suci bersama isteri serta empat ahli keluarga lain dan merupakan jemaah daripada kumpulan KT12 yang menginap di Al Kiswah Hotel.

Ad Banner
Ad Banner

“Jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disolatkan selepas solat asar sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea.

“TH mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka diberikan ketabahan menghadapi ujian ini,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini, tiga jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci sejak operasi haji musim 1447H/ 2026M bermula.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan