Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Jalan Bukit Bintang Ditutup Tengah Malam Ini Sempena Program Quranic MADANI

08/05/2026 04:06 PM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Jalan Bukit Bintang akan ditutup bermula 12 tengah malam ini hingga 5 pagi esok bersempena program Quranic Madani Night Reset: Bersatu Dalam Saf @ Bukit Bintang yang diadakan di hadapan Pavilion Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata program tersebut dijadual berlangsung bermula 8.30 malam hingga 11.00 malam ini.  

"Bagi memastikan kelancaran program dan keselamatan pengguna jalan raya, beberapa penutupan serta lencongan jalan akan dilaksanakan berperingkat mengikut keperluan semasa sepanjang acara berlangsung," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata jalan berkenaan akan dibuka semula berperingkat selepas tamat program itu, tertakluk kepada keadaan lalu lintas dan situasi semasa di lokasi.  

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar mengelakkan laluan terlibat dan merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian,” katanya.  

Mohd Zamzuri berkata pengguna jalan raya juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorel atau perkhidmatan e-panggilan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar.  

Ad Banner
Ad Banner

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi dan mengamalkan sikap pemanduan berhemah serta bersabar sepanjang tempoh penutupan jalan dilaksanakan.  

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan program dan laluan yang terlibat, boleh hubungi Balai Polis Trafik Tun H. S. Lee di talian 03-20719999 atau mana-mana balai polis berhampiran.  

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan