Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Anwar Salur Sumbangan Buat Wanita Kehilangan Cucu

08/05/2026 07:41 PM

KUANTAN, 8 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Aisnaina Sulong yang menetap di Balok di sini.

Sumbangan dan kotak makanan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi pada program Ziarah MADANI Indera Mahkota dengan bantuan itu diharapkan dapat melegakan beban keluarga wanita itu. 

“Tersentuh hati mendengar kisah beliau yang menjaga dua cucu, lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu seorang lagi cucunya telah terkorban akibat kemalangan baru-baru ini. Suasana pilu itu pastinya amat berat untuk ditanggung oleh sebuah keluarga.

Ad Banner
Ad Banner

“Beliau (Aisnaina) turut memohon agar dapat dipertimbangkan pembinaan bonggol di jalan hadapan rumah kerana kawasan itu sering berlaku kemalangan dan membahayakan penduduk setempat,” kata Ahmad Farhan menerusi hantaran Facebook hari ini. 

Ahmad Farhan turut mendoakan Aisnaina dan keluarga terus diberikan kekuatan, ketabahan serta dipermudah segala urusan.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan