Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Isu Penternakan Babi: Teliti Titah Sultan Selangor Susulan Pelbagai "Keterlanjuran" Yang Berlaku - PM

08/05/2026 08:59 PM

Daripada Linda Khoo Hui Li

CEBU (Filipina), 8 Mei (Bernama)  -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pandangan yang dizahirkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penternakan babi adalah berasas pelbagai "keterlanjuran" yang berlaku sehingga menjejaskan kesihatan awam.

“Tuanku Sultan Selangor mengemukakan pandangan kerana apa yang berlaku sekarang terlalu banyak keterlanjuran, menjejaskan kesihatan awam dan kurang pengawalannya,” kata beliau dalam sidang media penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 di sini hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Secara prinsip, beliau tidak bersetuju penternakan babi dibangunkan tanpa kawalan termasuk terlalu hampir dengan kawasan penduduk.

Beliau berkata antara kebimbangan utama yang dibangkitkan ialah kewujudan ladang penternakan berhampiran kawasan kampung dan perumahan termasuk di Klang.

“Pada prinsipnya, saya tidak setuju umpamanya penternakan khinzir itu di mana-mana, mesti kawalannya ketat, mesti kawasan yang jauh daripada penduduk.

Ad Banner
Ad Banner

“Bukan sahaja penduduk Muslim, penduduk Cina pun tidak mahu duduk di kawasan tersebut, jadi biar jauh sedikit,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata operasi penternakan haiwan itu perlu menggunakan teknologi moden dan memberi jaminan tiada pencemaran berlaku.

“Kalau ada syarikat yang boleh memenuhi syarat-syarat yang ketat itu, tentunya bagi pihak kerajaan sukar untuk mengatakan tidak boleh.

“Ini sebabnya, sementara waktu noktahlah dulu,” katanya.

Semalam, Sultan Sharafuddin kekal dengan pendirian tidak memperkenankan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan