Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Ferrari Terbabas, Pasangan Warga Singapura Rentung

09/05/2026 07:30 PM

KOTA TINGGI, 9 Mei (Bernama) -- Pasangan warga Singapura rentung dalam kemalangan selepas kereta Ferrari dinaiki mereka terbabas di Kilometer 57.5 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Yusof Othman berkata pemandu lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 33 tahun cedera parah pada bahagian badan dan terbakar serta maut di lokasi kejadian. 

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian daripada orang awam kira-kira 9 pagi. 

Ad Banner
Ad Banner

“Mereka dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Mersing. Mayat kedua-dua mangsa telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan dan kes masih disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan