SHAH ALAM, 10 Mei (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga murid tahun enam di sebuah sekolah di Klang yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Jumaat lepas.
JPN Selangor dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya sedang menguruskan bantuan terbaik kepada keluarga murid berkenaan serta memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan diberi perhatian.
“JPN Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Fahim Darwisy Yusmafendi yang tidak sedarkan diri ketika sesi bacaan Yasin dijalankan di sekolah, dan meninggal dunia di hospital.
“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan seluruh keluarga diberi kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian berat ini,” menurut kenyataan itu.
Semalam, Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata mangsa berusia 12 tahun disahkan meninggal dunia di HTAR selepas dibawa untuk mendapatkan rawatan susulan pengsan ketika sedang mengikuti perhimpunan di sebuah sekolah di Kapar, Klang.
Vijaya Rao berkata hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan, dan punca kematian belum dapat disahkan kerana masih menunggu laporan lengkap makmal serta kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial